Tuesday, 30 September 2014

Ke arah Memantapkan Institusi Kepimpinan (MPM)


Assalamualaikum,
Dalam kita membentuk sesebuah institusi kepimpinan kita bukan sahaja perlu sentiasa bagus, malah kita hendaklah kelihatan bagus pada pandangan mata umum.

Hari ini  saya telah memperkenalkan “roll call” MPM di lakukan di bahagian hadapan sekolah, tidak seperti kebiasaan yang kita adakan di “foyer”.

Saya yakin ramai yang tertanya-tanya apa signifikan disebalik perubahan ini ?

Seperti yang anda semua sedia maklum, kecemerlangan dalam kepimpinan adalah berteraskan disiplin yang kita amalkan. MPM harus mendahului pelajar-pelajar biasa dan membuktikan bahawa disiplin kita adalah pada tahap luar biasa.

MPM perlu sedar bahawa kita bukan sekadar diukur melalui kemampuan kita menjalankan tugas sebaliknya kita seharusnya mampu mempamerkan disiplin diri yang  baik, sentiasa menepati masa dan sentiasa bekerjasama sebagai satu pasukan.

Ini haruslah dipamerkan agar setiap warga SMK Subang Bestari,  khusunya  para pelajar dapat menyaksikan dan merasakan ciri-ciri kepimpinan yang kita zahirkan sebagai seorang MPM
.
Amir Haiqal Adnan

No comments:

Post a Comment